PROJEK MELUASKAN DATARAN MATAF
Keadaan semasa di tempat tawaf untuk penyelenggaraan telaga zamzam dan meluaskan dataran mataf.
Dijangka mengambil masa 7 bulan dan siap sebelum Ramadhan tahun hadapan.


Hanya satu laluan sahaja dibuka untuk turun ke dataran Kaabah bagi tujuan Tawaf.
Laluan ini dibuka sekejap sahaja dan ditutup kembali untuk mengawal jumlah orang yang tawaf..
Laluan yang dibuka ialah laluan pintu al Malik Fahd bernombor 79.
Laluan lain untuk ke dataran Kaabah hanyalah untuk Solat dan melihat Kaabah, tidak boleh digunakan untuk tawaf
Jemaah berkerusi roda tidak dibenarkan langsung tawaf di dataran.
Buat Jemaah, sila ambil maklum dan beri perhatian kepada setiap arahan mutawwif anda, bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini. Semoga Allah permudahkan segalanya buat anda.
