Scroll Top

Mengenai Kami

MENJEJAKKAN kaki ke butik kelengkapan ibadah haji dan umrah, Fitrah Al Hajj cukup memberikan aura mempesonakan dengan keindahan hiasan dalamannya seolah berada di tanah suci Makkah, lebih mengujakan boleh dikatakan semua barangan yang diperlukan jemaah ada di sini.

Tidak perlu lagi bersusah payah ke sana ke mari membeli kelengkapan ibadah di tempat berlainan kerana di Fitrah Al Hajj segala-galanya ada daripada jubah, telekung, kopiah, tasbih digital, beg dan wangian selari keperluan jemaah. Ia tentu saja satu kemudahan amat bermanfaat kepada jemaah haji atau umrah khususnya yang lebih berusia apabila tidak perlu lagi berkunjung daripada satu kedai ke satu kedai bagi mencari barangan berlainan yang diperlukan.

Fitrah Al Hajj adalah sebuah butik kelengkapan ibadah di bawah satu bumbung dan menjadi pusat sehenti khususnya kepada jemaah umrah dan haji yang ingin mendapatkan produk berkualiti pada harga mampu milik.

Pengasas Fitrah Al Hajj, Azlina Omar ketika ditemui Ibrah baru-baru ini berkata, butiknya menyediakan kelengkapan menyeluruh bagi ibadah haji dan umrah selain produk serta busana harian memenuhi permintaan pelanggan. “Pusat kelengkapan ibadah haji dan umrah Fitrah Al Hajj mengutamakan konsep ibadah dalam perniagaan.

Selain menjamin mutu barangan serta memantau harga supaya dijual secara berpatutan, Fitrah Al Hajj turut memberi perkhidmatan nasihat berkaitan keadaan semasa di tanah suci. “Ini termasuk keperluan memadai untuk dibawa ke Tanah Suci serta khidmat bantuan lain yang diperlukan jemaah. Masih ada daerah dan negeri yang sukar untuk mendapatkan barangan keperluan ini, jadi di sini kami menyediakan keperluan dari A hingga Z,” katanya.

Selain menyediakan butik fizikal, orang ramai juga boleh membeli secara dalam talian dan setakat ini ramai pelanggan dari Sabah dan Sarawak menjadi pelanggan tetap kerana mengakui tidak banyak kelengkapan haji dan umrah boleh diperoleh di sana. Mereka turut mempunyai pelanggan dari negara jiran seperti Brunei Darussalam dan Singapura selain menjadi tumpuan pelancong asing berkunjung ke negara ini yang tertarik dengan konsep serta kepelbagaian produk dijual.

Berkualiti, corak sederhana

Menurut Azlina, kebanyakan pakaian yang dijual di butiknya menitikberatkan soal kesederhanaan serta keselesaan untuk jemaah melakukan rukun ibadah kerana matlamat utama mereka bertamu di rumah Allah SWT adalah semata-mata beribadah serta meningkatkan ketakwaan kepada-Nya.

Justeru, dari pemilihan fabrik dan rekaan semua mengambil kira faktor keselesaan, pada masa sama pemilihan warna juga diberi perhatian dengan memilih warna pastel serta corak minimum supaya tidak kelihatan berlebihan.

Telekung Fitrah Al Hajj diperbuat daripada kain kapas bermutu tinggi dihiasi sulaman sederhana manakala jubah ‘Raudhah’ adalah jubah labuh yang dijahit dengan tudung memberi fungsi dua dalam satu, sebagai baju harian dan sedia digunakan untuk bersolat. “Kita turut menghasilkan baju kurung kedah dan mendapat sambutan menggalakkan kerana selesa dipakai terutama dalam keadaan cuaca panas di Tanah Suci. Istimewanya baju kurung kedah ini dibuat daripada kain kapas tulen dan menjadi pilihan golongan tua serta muda. “Biasanya jemaah wanita akan mengenakan baju kurung kedah yang disarungkan bersama telekung. Cetusan idea menghasilkan baju kurung kedah ini kerana memikirkan pakaian ringkas yang selesa dipakai semasa melaksanakan ibadah,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191047

Waktu operasi: 10 pagi-10 malam

Alamat Butik :- Lot 3.07, Tingkat 3, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, 50350 KL (bersebelahan PWTC)

Products:
Kain Ihram, Telekung, Tudung Fitrah Al Hajj, Telekung Berlengan Fitrah Al Hajj, Jubah Haramain, Jubah Muslimah serta pelbagai Kelengkapan Haji & Umrah

Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start